Wednesday, January 7, 2015

Kucing dlm kereta.

     Pada hari ahad 4/1/2015 kot, saya dikejutkan dari tidur yang kena di tengah hari dengan bunyi kecoh-kecoh dari luar. "Ada kucing dalam kereta!" Aku pun pergi lah keluar dalam keadaan mamai. Ternampaklah ayah mengetuk2 bahagian atas tayar kanan. Aku yang sudah berada di tempat kejadian pun terdengar tangisan si anak kucing yg dijangkakan lebih kurang sebulan umurnya. Setelah pelagai cara seperti menggunakan dahan dan mencurah air, tetapi kucing itu tetap tidak keluar. Akhirnya, keputusan untuk ke balai bomba telah dibuat~

      Setibanya di balai bomba, petugas yang berada di kaunter memberikan pengumuman "Pasukan Khas, sila berkumpuk" . maka dengan pantas beberapa orang petugas datang dengan pantas. Setelah beberapa cara dilakukan, tetap tiada tanda kucing itu akan keluar. Namun, terdapat tapak kucing di atas engin. Oleh itu, kesimpulan yang dibuat, bahawa kucing itu telah keluar. Harapnya sudah keluar lah iyoo

Seikhlasmya
Haziq~